NEW DELHI: Seorang jurutera India mencipta motosikal yang digelarnya Covid-19 Bike yang mempunyai dua tempat duduk berjarak sekitar 5 kaki antara kedua-duanya.

Partha Saha yang tinggal di Tripura memberitahu dia mahu mengamalkan penjarakan sosial di jalan raya.

Berikutan itu dia menghasilkan motosikal elektrik yang mempunyai casis tengah yang panjang untuk memastikan kedua-dua penunggang dan pembonceng berada dalam jarak yang selamat.

Menurut Saha dia tidak merancang menjadikan motosikal itu sebagai produk komersial sebaliknya mahu menggunakannya untuk memberi kesedaran betapa pentingnya mengamalkan penjarakan sosial pada pandemik Covid-19 ini.