WASHINGTON: AS pada Jumaat menuduh China dan Rusia bersekongkol menyebarkan pendapat umum berkaitan isu pandemik Covid-19.

Menurut AFP, Lea Gabrielle koordinator Pusat Global Jabatan Luar Negara AS yang mengurus propaganda asing mengatakan sebelum krisis Covid-19 lagi, AS menilai Rusia dan China ramah melakukan propaganda bersama.

Gabrielle mendakwa setelah wujudnya wabak, Rusia-China semakin ketara membentuk pendapat awam berkaitan pandemik Covid-19 untuk tujuan tertentu.

Global Engagement Center dikatakan mendapati ribuan akaun media sosial berkaitan Rusia menyebarkan konspirasi berkaitan wabak.

Ini termasuklah tuduhan jurucakap kementerian luar China di Twitter berkicau, bahawa AS bertanggungjawab membawa virus ke Wuhan.
Pada masa yang sama, AS juga mendakwa Covid-19 terhasil di makmal Wuhan.

Namun, kedua-dua negara mencapai gencatan retorik informal pada akhir Mac setelah Presiden AS Donald Trump bercakap melalui telefon dengan Pre-siden China Xi Jinping.

Ketegangan melonjak semula apabila Menteri Luar Mike Pompeo sekali lagi menyebut Covid-19 terhasil di makmal Wuhan.

Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai kecewa kerana AS dikatakan melakukan propaganda.
Memetik The Washington Post, Cui menyifatkan tindakan AS itu sebagai politik kotor.

Sementara Jinping pada Jumaat membincangkan kerjasama berkaitan wabak dalam panggilan telefon beliau dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Memetik Xinhua, Vladimir berkata Rusia menentang usaha pihak tertentu menggunakan isu epidemik menyalahkan China dan beliau berdiri teguh di belakang Beijing.

Kebersamaan China dan Rusia dalam isu ini dan beberapa isu lain dunia menyebabkan AS tidak berpuas hati.