Monday, November 28, 2022

Abang Johari: Kerajaan Sarawak capai batu tanda penting

Secara Rawak

KUCHING:  Kerajaan Negeri Sarawak telah mencapai batu tanda yang penting apabila ia bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan  dan Petronas dalam mencapai penyelesaian mengenai urusan minyak dan gas serta cukai jualan (SST) ke atas produk petroleum di Sarawak selaras dengan Perjanjian malaysia 1963, kata Ketua Menteri.

Datuk Patinggi Abang Johari  Tun Openg berkata, dengan adanya penyelesaian seumpama ini, suasana perniagaan dan pelaburan yang lebih stabil dapat diwujudkan bagi memacu lagi industri berkenaan di Sarawak.

“Kerajaan Negeri Sarawak merupakan sebuah kerajaan yang praktikal dan ingin meyakinkan pemain industri  minyak dan gas bahawa ia sentiasa bersifat mesra perniagaan,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Petronas dalam rundingan seterusnya bagi menentukan swmeua pihak dapat mencapai penyelesaian dan persetujuan bagi isu-isu berkaitan,” ujarnya.

Kerajaan Negeri Sarawak dan  Petronas telah mencapai kata sepakat dalam perundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai jualan (SST) ke atas produk  petroleum di Sarawak.

Petronas bersetuju akan menarik balik rayuan ke atas keputusan  Mahkamah Tinggi Sarawak  mengenai permohonan semakan kehakiman pada 13 Mac lalu.

Kerajaan Sarawak juga akan menggugurkan kesemua tuntutan  dalam kes sivil terhadap Petronas untuk bayaran cukai jualan ke atas produk petroleum.

“Lanjutan daripada penarikan balik semua tatacara perundangan, Petronas melalui  anak-anak syarikat yang terlibat akan membuat  bayaran penuh ke atas cukai jualan yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak ke atas produk petroleum bagi tahun 2019 berjumlah RM2 bilion, iaitu pada kadar 5 peratus daripada nilai jualan produk tersebut,” kata Kerajaan Sarawak dan Petronas dalam kenyataan bersama semalam. 

Kenyataan tersebut ditandatangtani  Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantau Projek, Datuk Sharifah Sayeed Aman Razali dengan Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh.

“Kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pendekatan yang terbaik  dalam mencapai penyelesaian bersama ialah melalui penyelesaian komersial bagi mewujudkan suasana  perniagaan dan pelaburan yang lebih stabil,” kata kenyataan itu.

“Ia merupakan pendekatan yang mampan  bagi membolehkan kelangsungan Industri minyak dan gas negara terutamanya dalam keadaan pasaran minyak dan gas yang tidak menentu  pada masa ini,” kata mereka lagi.
Sehubungan itu, kata kenyataan itu, Petronas bersetuju akan menarik balik rayuan ke atas keputusan  Mahkamah Tinggi Sarawak  mengenai permohonan semakan kehakiman pada 13 Mac lalu.

Katanya, kerajaan Sarawak juga akan menggugurkan kesemua tuntutan  dalam kes sivil terhadap Petronas untuk bayaran cukai jualan ke atas produk petroleum.

“Lanjutan daripada penarikan balik semua tatacara perundangan, Petronas melalui  anak-anak syarikat yang terlibat akan membuat  bayaran penuh ke atas cukai jualan yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak ke atas produk petroleum bagi tahun 2019 berjumlah RM2 bilion, iaitu pada kadar 5 peratus daripada nilai jualan produk tersebut,” katanya. 

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak telah mengheret Petronas ke mahkamah kerana enggan melangsaikan cukai SST sebanyak  lima peratus yang telah dikuatkuasakan sejak Januari 2019.

Petronas  ketika di bawah Pakatan Harapan tidak mahu berkompromi dengan cukai berkenaan.

PH juga gagal menunaikan janji membayar 20 peratus royalti  minyak kepada Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub dalam manifestonya menjelang PRU-14.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru