KUALA LUMPUR:  Siapa sekumpulan wanita yang mendera seekor anak kucing sehingga mati baru-baru ini?

Mengapa mereka sampai hati menyeksa dan membunuh anak kucing berkenaan?

Rakaman  wanita terbabit memijak seekor anak kucing sehingga mati  tular di media sosial sejak semalam.

Banyak pihak mengecam tindakan  tidak berperekemanusiaan mereka itu.

Pihak polis sedang menjejaki sekumpulan wanita terbabit.

Laporan polis pertama dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban mengenai kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut.

“Tempat kejadian dan suspek yang terbabit belum dikenal pasti namun polis sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.