WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump dilaporkan kecewa mendapati pengawal peribadi beliau yang juga personel Angkatan Laut AS, positif Covid-19.

Memetik CNN pada Khamis, Pembantu Setiausaha Rumah Putih, Hogan Gidley mengesahkan hal itu setelah diumumkan Unit Perubatan.

Nasib yang menimpa pengawal peribadinya itu memaksa Trump sekali lagi menjalani ujian Covid-19 dijalankan doktor di Rumah Putih

Naib Presiden Mike Pence turut menjalani ujian virus tersebut, tetapi keputusan kedua-dua pemimpin itu didapati negatif.

Pengawal peribadi yang bertanggungjawab dengan hidangan makanan untuk Trump dan keluarganya, serta mendampingi Trump semasa bertugas di dalam dan luar negara, dikenal pasti positif Covid-19 ketika dia menunjukkan gejala tersebut pada pagi Rabu pagi lalu.

AS merekodkan hampir 1.3 juta rakyatnya positif Covid-19 dengan hampir 77,000 meninggal dunia.