Klip video dikongsi di media sosial mengejutkan netizen yang menontonnya.

Video tular dengan latar muzik tradisional menunjukkan seekor monyet berbasikal kecil cuba menarik seorang anak ke tengah jalan raya.

Dalam video itu monyet yang menunggang basikal berhenti berdekatan kanak-kanak yang duduk bersama-sama ibu dan dua adiknya.

Ibunya memegang salah seorang bayinya dan seorang lagi anak duduk di sisinya.

Monyet itu meninggalkan basikalnya dan terus menarik baju kanak-kanak terbabit.

Haiwan itu kemudian menariknya ke tengah jalan.

Ketika insiden monyet itu seperti ditarik seseorang dengan tali dan dipercayai persembahan tradisional sedang dipersembahkan.

Sumber lain menyebut peristiwa ini berlaku di Surabaya, Indonesia.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu terlepas daripada pegangan monyet terbabit.

Budak kecil itu lalu bangun. Orang ramai yang menonton video ini mengatakan mereka cemas dengan insiden tersebut.