Ketika Covid-19 melanda negara, suhu politik negara semakin meningkat menjelang persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.

Menjelang persidangan itu,  pemimpin tertinggi Umno dan PAS dilaporkan akan membuat kunjungan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam waktu yang terdekat.

Desas-desus mengatakan pertemuan antara Muhyiddin dengan Presiden Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan berlangsung sebelum 14 Mei.

Apakah yang akan dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin itu dengan Perdana Menteri ketika Muhyuddin Adalah perkembangan politik semasa akan menjadi perhatian? Yang pasti isu pendaftaran Perikatan Nasional  menjadi satu entiti formal akan dibincangkan.

Sebelum ini dikatakan bahawa Muafakat Nasional tidak bersetuju untuk menyertai PN secara formal kerana ia akan merugikan Umno dan PAS.

Seyogia diingat bahawa bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memulakan usul undi percaya terhadap Mahathir pada sidang sehari Dewan Rakyat nanti. 

Ini merupakan perkembangan menarik.Mengapakah Shafie dilihat tidak menyokong Muhyiddin? Muhyuddin tentu berasa seolah-olah  Shafie menikam beliau dari belakang sama seperti  apabila tidak menyokong pembentukan PN, sebaliknya menyokong Mahathir akhir Februari lalu. 

Namun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof telah menolak usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Sabah itu.

“Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima (Shafie Apdal) serta perincian penjelasannya,” katanya dalam surat yang sudah tular.

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya mendapati ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perdana Menteri,” katanya.

Pada waktu yang sama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menghantar notis usul undi tidak percaya terhadap Muhyuddin kepada Speaker Dewan Rakyat.

Yang berlaku sekarang ialah usaha kedua-dua pihak untuk berkuasa. Muhyuddin mahu mengekalkan kuasanya, manakala Mahathir yang sudah berusia 94 tahun itu masih bernafsu untuk berkuasa.

Ini ketika Bersatu sendiri berpecah dua; satu bahagian dengan Mahathir manakala sebahagian besar dengan Muhyuddin. Mahathir dilihat terus berminat dengan minat lamanya, iaitu menjatuhkan Perdana Menteri sedia ada.

Beliau pernah menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Mahathir juga terkenal dengan sikap buruknya menganggap orang lain semua salah, dan hanya dia yang betul.

Kini Mahathir mahu bermain politik dan melancarkan perang saraf dengan Muhyiddin. Hakikatnya, ini bukan masa untuk bermain politik. 

Tetapi mengapakah Mahathir yang sudah tiga kali menjadi Perdana Menteri masih obses atau taasub untuk menjadi Perdana Menteri?