JAKARTA: Jumlah yang dijangkiti dan meninggal akibat Covid-19 di Indonesia terus meningkat.

Sehingga pagi ini, jumlah kematian ialah 930 orang manakala yang dijangkiti ialah 12,776.

Bagi menyekat penularan virus korona di negara itu, kerajaan Indonesia telah tidak membenarkan mudik atau balik kampung pada perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Sebaliknya, cuti umum perayaan berkenaan ditunda ke bulan Disember.

Dari segi kematian negara 270 juta jiwa itu tertinggi di Asia Tenggara manakala  dari segi jumlah kes jangkitan tertinggi dicatatkan Singapura.

Negara kota 5.7 juta jiwa itu mencatatkan 20,939 kes, kebanyakannya dalam kalangan pekerja asing.

Negara kedua paling tinggi terkorban di Asia Tenggara ialah Filipina, iaitu 685 kes manakala yang dijangkiti ialah 10,083.