PYONGYANG: Pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong-un mengutuk Korea Selatan kerana menjalankan latihan tentera di Laut Kuning minggu ini.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Korut berkata latihan tentera itu mencerminkan sikap permusuhan dari sang tetangga, Korsel.

Pyongyang menyifatkan latihan ketenteran itu sebagai mencerminkan sikap permusuhan berterusan Seoul dan merosakkan hubungan baik kedua-dua sejak 2018 lalu.

KCNA melaporkan, Pyongyang kesal kerana Seou tetap menunjukkan sikap permusuhannya dan menganggap “musuh adalah tetap musuh sepanjang waktu.”

Korea Selatan menjalankan latihan tenteranya beberapa hari selepas kedua-dua pihak dilaporkan berbalas tembakan di zon demiliterisasi (DMZ) di sempadan akhir minggu lalu.

Insiden saling menembak itu dilaporkan bermula apabila tentera Korea Utara menembak pos pengawal Korea Selatan beberapa kali dan dibalas 20 tembakan sebagai respons sesuai dengan manual Korea Selatan.

Kedua-dua Korea pada 2018 sepakat dalam deklarasi Panmunjom antara Presiden Moon Jae-in dan Kim Jong-un mengakhiri secara rasmi Perang Korea 1950 dan memulihkan hubungan Pyongyang-Seoul.