PITTSBURGH: Penolong profesor penyelidikan di University of Pittsburgh, Amerika Syarikat Bing Liu yang bertanggungjawab mengkaji virus korona ditemu mati di rumahnya di Elm Court ada Sabtu lepas.

Liu, 37, disyaki menjadi mangsa pembunuhan ketika mayatnya ditemui terdapat kesan luka bekas tembakan pada kepala, leher, dada dan tubuhnya.

Memetik CBS Pittsburgh, penyiasat mendapati suspek pelaku selepas menembak mangsa, dia kembali ke kereta lalu bunuh diri.

Pelaku dikenal pasti sebagai Hao Gu itu maut di keretanya di Charlemagne Circle dekat Elm Court.

Polis percaya, suspek dan mangsa saling mengenali, namun penyiasat Sarjan Brian Kohlhepp percaya motif tembakan tidak ada kaitan dengan dengan kerjaya mangsa.

Memetik CNN pada Rabu, pihak universiti merakamkan dukacita atas kematian Bing Liu yang disifatkan sebagai pengkaji yang produktif dan rakan yang dikagumi di universiti.

Sebelum meninggal, Bing dalam kajian memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan Covid-19.

Nampaknya usaha tersebut terpaksa diteruskan pihak lain.