Tuesday, August 16, 2022

Negara berdepan Covid-19, Syed Saddiq masih mahu main politik

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pertikaian pemimpin Armada di beberapa buah negeri yang mempersoalkan keputusan mesyuarat sayap itu di peringkat pusat untuk kembali bersama-sama Pakatan Harapan (PH) menggambarkan bahawa mereka sedang menghadapi krisis kepemimpinan di tahap kritikal, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan.

Menurut  Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, sepatutnya, dalam keadaan rakyat sedang berjuang melawan penularan wabak Covid-19 dan perlu menghadapi cabaran ekonomi tahun ini,  Syed Saddiq  Abdul Rahman seharusnya bersama-sama dengan PH untuk berperanan sebagai semak dan imbang supaya kerajaan dapat ditadbir dengan baik dan bukannya setiap hari bermain politik semata-mata untuk kembali berkuasa.

“Ini juga sekali gus menunjukkan secara jelas dan nyata bahawa YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah gagal menjadi ketua yang baik hinggakan pemimpin akar umbi telah mula hilang kepercayaan kepada kepimpinan beliau.

“Sudah terang lagi bersuluh juga bahawa YB Syed Saddiq lebih mementingkan agenda politik peribadi tersendiri apabila sanggup mengenepikan akar umbinya semata-mata untuk memastikan setiap matlamat politiknya dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, keangkuhan dan sikap tamakkan kuasa YB Syed Saddiq dapat dilihat apabila semalam beliau dan konco-konconya telah mengeluarkan kenyataan yang kononnya lebih rela bersama PH dan menolak untuk bersama UMNO.

“Dengan ini jelaslah bahawa beliau dan konco-konconya lebih meletakkan kepentingan untuk kembali berkuasa daripada memikirkan permasalahan rakyat dan langsung tidak membantu untuk kembali memulihkan partinya sendiri yang kini sedang dilanda pelbagai masalah kepimpinan.

“Walaupun telah lebih dua bulan tertubuhnya Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, YB Syed Saddiq dan konco-konconya masih lagi berminat bercakap soal perebutan kuasa. Walhal rakyat telah bosan dengan mainan politik pemimpin seperti mereka,” katanya.

“Sudahlah mereka sendiri yang mencetuskan polemik politik hingga menyebabkan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sekali gus telah menumbangkan sendiri Kerajaan mereka setelah hanya 22 bulan mentadbir. Semuanya gara-gara sikap mereka yang tamakkan kuasa dan berebut jawatan Perdana Menteri sesama sendiri,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru