Friday, October 7, 2022

Mahathir kemuka usul tak percaya kepada Muhyiddin, Speaker  tolak usul percaya kepada Mahathir

Secara Rawak

KUCHING: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memulakan usul undi percaya terhadap Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima (Shafie Apdal) serta perincian penjelasannya.

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya mendapati ia adalah tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perdana Menteri,” katanya dalam surat yang kini viral yang turut dilihat Sarawak Voice.

“Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul YB Datuk Seri Panglima ini dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat,” katanya.

Surat itu bertarikh 5 Mei dan ditujukan kepada Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen  wakil rakyat itu di Semporna.

Shafie ialah juga Ketua Menteri Sabah dan Presiden Warisan.

Surat Speaker Dewan itu adalah sebagai membalas notis sebelum ini yang dihantar oleh Shafie  bertarikh 4 Mei untuk membawa usul percaya kepada Dr Mahathir.

Surat beliau juga tular di media sosial.

Kedua-dua pihak dilaporkan mengesahkan bahawa surat itu adalah sahih.

Dewan Rakyat akan bersidang satu hari pada 18 Mei ini.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir menurut Malaysiakini telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru