Friday, August 19, 2022

Ini peraturan untuk rakyat Sarawak yang balik ke negeri ini

Secara Rawak

KUCHING: Rakyat Sarawak yang balik dari luar negara, termasuk pelajar akan dikuarantin dan diambil sampel pada hari kesepuluh.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, mereka akan dibenarkan pulang pada hari ke-14 sekiranya keputusan sampel adalah negatif.

“Rakyat Sarawak ,termasuk pelajar yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang kediaman terakhir mereka di kawasan hijau akan dibawa ke pusat kuarantin (hotel) dan diambil sampel,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas JPBN  lagi, sekiranya keputusan sampel adalah negatif, mereka akan dibenarkan pulang dan diberikan notis diam di rumah.

Manakala rakyat Sarawak, termasuk pelajar yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang kediaman terakhir mereka di kawasan merah dan kuning, mereka akan diberikan notis dalam di rumah.

“Mereka akan diambil sampel pada hari ketujuh.Sekiranya keputusan sampel adalah negatif dan akancterus kekal menjalani kuarantin di rumah sehingga tamat tempoh 14 hari,” katanya.

“Sarawak hari ini merekodkan satu lagi kes positif covid-19, iaitu dari daerah Lundu.

Sebanyak 39 daerah lain lagi tidak  ada kes,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru