Friday, August 12, 2022

Tiada perubahan masa operasi, kekal 7 pagi hingga 7 malam

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini menegaskan bahawa tiada perubahan bagi masa operasi di Sarawak.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Sekarang kita tidak ada perubahan mengenai waktu beroperasi. Saya tidak mahu rakyat keliru jika waktu tersebut asyik bertukar. Sebab itulah kita kekal dengan garis masa tersebut. Mudah untuk orang awam faham. Ia adalah dari tujuh (7) pagi hingga tujuh (7) malam, bukannya dari tujuh (7) malam hingga tujuh (7) pagi,” katanya dalam satu sidang media harian COVID-19, Rabu.

Sementara itu, berhubung aktiviti rentas daerah dedah Uggah, rentas daerah masih tidak dibenarkan dan jika melibatkan kecemasan, permohonan mestilah dibuat di balai polis.

“Saya telah diberitahu bahawa pergerakan dari negeri ke negeri dan dari daerah ke daerah masih tidak dibenarkan. Mereka perlu memohon kepada pihak Polis. Anda tidak dibenar bergerak dari Kuching ke Sri Aman tanpa kebenaran pihak polis,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru