Friday, August 19, 2022

Amerika Syarikat mencatat 72,271 kematian; dunia menuju 260,000 kematian

Secara Rawak

Angka dijangkiti semakin melonjak. Setakat pagi ini 3,726,668 orang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia.

Jumlah korban terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak yang mulai tercetus di Wuhan, China pada Disember lalu, kini 258,295 kes.

Menurut statistik Worldometers, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 70,000 kematian.

Kini yang sudah maut di negara Uncle Sam itu ialah 72,271 orang.

United Kingdom telah mengatasi Itali sebagai negara kedua mencatatkan kematian tertinggi dengan menghampiri 30,000 kes. Angka terkini ialah 29,427.

Itali merekodkan lebih 29,315 kematian, manakala Sepanyol dan Perancis masing-masing dengan 25,613 dan 25,531 kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru