Banyak kerajaan di dunia mengumpul dan menyusun data demi menjangkakan bilakah negara dapat membuka “penguncian” yang dilakukan demi menangani pandemik Covid-19.

Kebanyakan pemimpin negara di dunia panik kerana Covid-19 telah meranapkan ekonomi negara dan mahu ia dipulihkan segera agar tidak menghimpit negara dan hidup rakyat.

WHO mengingatkan pemimpin negara di dunia agar tidak terlalu terburu-buru membuat keputusan membuka penguncian atau lockdown mahupun arahan PKP ataupun darurat yang diisytiharkan sebelum ini.

Kesilapan Buat Keputusan Hanya Makan diri

Pengarah Jenderal WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus memperingatkan langkah terburu-buru dapat membuka potensi Covid-19 kembali mewabak melalui gelombang kedua.

Pemimpin sesebuah negara haruslah bijak menilai indikator penurunan jumlah Covid-19 menurut kes dalam rawatan intensif.

Sementara, tingkat penularan Covid-19 berdasarkan jumlah orang yang dijangkiti harus dipastikan turun setiap hari.

Kemudian, peralatan kesihatan seperti topeng muka, sanitizer, kit ujian saringan termasuk pakaian keselamatan perubatan PPE dan sebagainya harus dipastikan mencukupi.

Harus bagi setiap pemimpin dunia belajar daripada China khususnya Wuhan di Hubei tempat asal penyebaran virus korona ini sebelum ia menjadi pandemik mewabak di seluruh dunia.

Pastikan Sifar Kes Dalam Dua Minggu

Sebelum Wuhan dibuka semula, pihak berkuasa memastikan tiada kes baharu dilaporkan dengan kematian sifar.

Qinghai, wilayah barat laut China merekodkan sifar kes baharu selama 29 hari berturut-turut.

Sementara, wilayah Guizhou 18 hari bebas daripada jangkitan baharu wabak.

Sehingga hujung Mac, Wuhan merekodkan sifar kes, itu dibayangkan pakar panel sekitar tiga minggu sebelumnya iaitu seawal 5 Mac.

Jumlah kes jangkitan baru di Hubei, tidak termasuk Wuhan kekal satu angka selama tujuh hari berturut-turut, sehingga munculnya tiga kes baru dilaporkan pada 4 Mac.

Akhirnya, Wuhan yang menjadi kota pertama di dunia yang berada di bawah lockdown akibat pandemi virus Corona dibuka semula.

Beberapa waktu terakhir, kota Wuhan secara perlahan kembali ke situasi normal, setelah berbulan-bulan diselimuti ketakutan dan kecemasan akibat virus Corona.

Namun trauma akibat wabak virus korona masih dirasakan warga kota Wuhan yang baharu saja lockdown dicabut setelah 76 hari terakhir atau mengambil masa dua bulan setengah.

Wuhan Perlukan Tiga Bulan

Dan ternyata tempoh hampir tiga bulan diperlukan untuk membuka Wuhan, itu pun tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana warga Wuhan terpaksa menjalani kehidupan dengan kelaziman baharu di luar kebiasaan mereka sebelum ini.

Warga Wuhan khuatir wujudnya gelombang kedua serangan virus. Berikut kronologi penularan Covid-19 di China.

– Akhir Disember: Kes awal muncul di Wuhan.

– 23 Januari hingga 7 April: Kota Wuhan dikunci atau lockdown sepenuhnya (76 hari atau sekitar dua bulan setengah).

– 10 Mac: Presiden China Xi Jinping mengunjungi Wuhan 10 Mac petanda Wuhan selamat.

– Pertengahan Mac: Jumlah jangkitan baharu mula melambat.

– 3 April: Sebanyak 10,641 kilang dan perniagaan skala besar di kota itu dibuka kembali.

– 8 April: Wuhan dibuka secara berperingkat-peringkat.

Meskipun sudah dibuka, pihak berkuasa Wuhan masih mengingatkan masyarakat bahawa ancaman jangkitan belum selesai sepenuhnya.

Wuhan mengambil tindakan berikut selepas membuka semula Wuhan:

– Sistem pengangkutan dibuka: Pada 8 April, penduduk dan pengunjung yang sihat diizin meninggalkan Wuhan dengan kereta api. Penerbangan dibuka dan pintu masuk jalan raya dibuka kembali. Lebih 55,000 penumpang meninggalkan Wuhan.

– Wuhan Mulai Beroperasi: Wuhan berpenduduk 11 juta orang merupakan pusat industri di tepi Sungai Yangtze. Wuhan menyumbang 3,869 kematian atau 84 peratus kematian akibat Covid-19 di seluruh China.

– Penduduk ditaging dengan kod warna: Warga yang ditanda dengan dengan kod hijau untuk individu sihat dibolehkan keluar dan kembali bekerja dengan keizinan bersurat majikan. Sementara yang berkod merah dinyatakan sihat, namun masih perlu dikuarantin dan diisolasi kerana masih berisiko.

Hidup Dalam Kelaziman Baharu

Pada 25 April data Jawatankuasa Kesihatan Nasional China (NHC) menyebut total 46,452 kes virus korona di Wuhan ialah 46,452 kes dengan 3,869 kematian.

Pada 26 April, jurucakap Jawatankuasa Kesihatan Nasional China seperti dilaporkan CNN pada Isnin mengumumkan seluruh pesakit Covid-19 di Wuhan dibenarkan keluar dari hospital.

Pada 27 April, setelah semuanya dirasakan sedikit selesa baharulah China membuka sekolah untuk sekitar 50,000 pelajar kembali ke sekolah. Itu pun di kawasan yang sememangnya hijau di Shanghai dan Beijing.

Pembukaan sekolah melibatkan hanya sekolah menengah pertama dan sekolah menengah atas.

Bahkan, pada peringkat ini peringatan masih dikeluarkan agar warga tetap waspada terhadap epidemi dan jangan keluar kecuali perlu, memakai topeng muka, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan sanitizer dan sentiasa dan melindungi diri.

Ketika ini China masih waspada dan berhati-hati kepada sebarang gelombang kedua kerana meskipun pada peringkat domestik mereka berjaya mengatasi wabak, tetapi melalui kes jangkitan positif import, China khuatir berlakunya penularan gelombang kedua jangkitan.

Hari ini khususnya Wuhan di Hubei tengah China memasuki tempoh empat bulan ataupun sekitar 130 hari keluar daripada kisah duka wabak Covid-19 dengan menjalani kehidupan dalam kelaziman baharu.

Manakala, sekitar 211 negara di seluruh dunia terkial-kial cuba melepaskan diri daripada cengkaman penularan virus pembunuh ini.

Selagi vaksin belum ditemui, dunia masih belum selamat daripada dihantui Covid-19.