BINTULU: Sebuah bas yang digunakan untuk menghantar pelajar-pelajar dari Politeknik Mukah telah dilakukan operasi sanitasi bagi memastikan bas tersebut bersih dan bebas dari COVID-19.

Ini adalah prosedur yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan di seluruh daerah sebaik sahaja operasi penghantaran pelajar sampai ke destinasi.

Komander Operasi yang diketuai oleh PgKBII Unjar anak Lum dengan kekuatan anggota yang bertugas seramai 4 orang telah melaksanakan sanitasi dengan menggunakan kaedah penyemburan berupa campuran air dan peluntur (Clorox) dengan nisbah sukatan 1:9 di Dewan Suarah pada Jumaat.

Peralatan sanitasi yang digunakan adalah “Mist Blower” dan “Manual Spray”

Penyemburan melibatkan ruangan di dalam bas, ruangan tempat barang, dashboard dan tempat menyimpan barang dibawah dan juga di bahagian luar bas.