Tuesday, August 16, 2022

Amaran: Angin kencang, hujan lebat dijangka landa  beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 pagi

Secara Rawak

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 1.00 pagi, esok, lapor Bernama. 

Beberapa kawasan di negeri ini dijangka dilanda ribut petir berkenaan.

Kawasan terbabit ialah Kuching, Serian, Simunjan, Sri Aman, dan Sibu.

Kawasan-kawasan lain ialah Kapit, Song, Kapit dan Bukit Mabong, Subis, Beluru, Miri, Marudi dan Limbang.

Kawasan lain yang diramal turut terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang; Hulu Selangor di Selangor; Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru