Saturday, October 8, 2022

Sektor yang dibenarkan beroperasi perlu patuhi prosedur KKM

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar mematuhi segala prosedur operasi standard yang telah ditetapkan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kepatuhan majikan dan pekerja amat penting bagio mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Antara amalan atau SOP yang perlu dipatuhi termasuklah membuat saringan suhu badan, pastikan tidak berada di ruang sempit, tiada perhimpunan, penjarakan sosial dan sentiasa membasuh tangan,” katanya pada sidang media semalam.

Tambahnya, SOP atau norma kehidupan baharu itu juga perlu menjadi amalan semua rakyat di negara ini.

“Jadi inilah norma baharu yang kita ingatkan rakyat Malaysia amalkan bukan hanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi selepas PKP pun kita kena amalkan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru