Thursday, December 1, 2022

MP Betong, Robert Lawson Chuat dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Pelabuhan Bintulu

Secara Rawak

KUCHING: Anggota Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Pelantikan beliau bermula 18 April  untuk tempoh dua tahun.

Beliau menggantikan Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pusat, Dr John Brian Anthony.

LPB dalam satu hantaran di Facebook  didapati mengucapkan tahniah kepada beliau.

Selain itu,  empat lagi  pengerusi lain turut dilantik untuk menerajui pelabuhan lain di negara ini, termasuk pemimpin MCA dan PAS.

Berita tentang pelantikan itu turut dilaporkan dalam The Star hari ini. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru