Saturday, October 8, 2022

Kerajaan Sarawak sumbang 15,148 penutup mulut dan hidung di Lingga

Secara Rawak

LINGGA: Dalam usaha memastikan rakyat negeri ini tidak mudah dijangkiti wabak Covid-19, kerajaan Sarawak telah mengambil inisiatif menyumbang penutup mulut dan hidung secara percuma.

Para penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga juga tidak ketinggalan apabila sebanyak 15,148 penutup mulut dan hidung telah diagihkan kepada 3,967 ketua isi rumah di kawasan berkenaan.

Pengagihan sumbangan tersebut adalah berdasarkan bekalan penutup mulut dan hidung yang dihantar oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ke Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

Seterusnya, pengedaran dilakukan ke Pejabat Daerah Sri Aman dan diserahkan kepada Pusat Khidmat DUN Lingga untuk diselaraskan pengagihan di kampung atau rumah panjang dalam kawasan berkenaan.

Semalam pengagihan penutup mulut dan hidung itu telah dilakukan di Kampung Hilir, Rumaj Panjang Pruan, Skra, Temelan, Putat, Tg. Rirang, Trusan, Entulang, Gran, Stumbin, Kpg Pangkat-Stumbin, Sembayang, Tawang, Tajor dan Sebaka, Sri Aman.

Terdahulu telah diagihkan juga sebanyak 7,464 keping penutup mulut dan hidung di Daerah Mengundi Lemanak dan Lingga melibatkan 1,866 ketua isi rumah m

Begitu juga di Daerah Mengundi Maludam telah diagihkan penutup mulut dan hidung melalui Pejabat Daerah Kecil Maludam sebanyak 4,488 keping melibatkan 1,122 ketua isi rumah. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru