Monday, December 5, 2022

Kematian  seluruh dunia 216,948, Amerika rekodkan 59,266 kematian

Secara Rawak

Ketika jumlah yang dijangkiti Covid-19 telah mencapai angka 3,137,761, angka kematian  di seluruh dunia mencatatkan peningkatan 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini mencecah 216,948.

Menurut statistik Worldometers, sebanyak lima negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mencatatkan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 50,000  dengan setakat pagi ini merekodkan 59,266 kematian.

Itali mencatatkan merekodkan 27,359.

Sementara itu, Sepanyol mencatatkan 23,822 kematian dan Perancis mencatatkan  23,660 kematian.

United Kingdom (UK) menjadi negara kelima tertinggi merekodkan jumlah kematian dengan 21,678 iaitu pertambahan 586 kes.Negara Jerman pula merekodkan 6,314 kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru