Tuesday, September 27, 2022

Zahid: Kerajaan BN bantu Rohingya atas dasar kemanusiaan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) ketika menjadi kerajaan telah membuat keputusan untuk membantu pelarian Rohingya atas dasar perikemanusiaan.

Menurut  Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa keputusan telah dibuat oleh jawatankuasa tertinggi yang beliau pengerusikan ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Beberapa keputusan dibuat antaranya untuk melatih pelarian Rohingya yang berada di Malaysia supaya memperolehi latihan ketrampilan (latihan pekerjaan). Begitu juga persekolahan untuk anak-anak Rohingnya yang berada di Malaysia namun semua kemudahan yang diberikan itu adalah berbentuk sementara kerana mereka akan dihantar kembali ke negara asal setelah negara mereka berada dalam situasi aman damai

“Malah kita telah mencadangkan kepada Junta Tentera Myanmar ketika itu supaya menempatkan pelarian ini semula di kampung halaman masing-masing walaupun rumah mereka telah musnah kerana mereka adalah rakyat negara berkenaan,” katanya.

“Satu hakikat yang harus kita terima bahawa masyarakat Rohingya yang berada di Malaysia yang memegang kad UNHCR sehingga kini, mereka masih dibenarkan tinggal dan jika memenuhi syarat boleh bekerja sementara dalam pelbagai sektor. Ingat, bahawa mereka adalah pelarian yang terdesak,” tegas beliau seperti dipetik Umno Online.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menekankan bahawa jawatankuasa kabinet ketika itu juga telah memutuskan melalui UNHCR dan agensi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar perundingan dengan negara ketiga bagi menempatkan pelarian Rohingya ini di negara ketiga secara kekal terus diusahakan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru