ASUNCION: Gara-gara kes pasport palsu Paraguay, bekas pemain bola Bercelona, Ronaldinho dan abangnya Roberto Assis dipenjara 32 hari dan dibebaskan 8 April lepas.

Ronaldinho dibebaskan setelah membayar wang jaminan AS$1.6 juta (hampir RM7juta) namun dia masih menjalani tahanan rumah di Hotel Palmaroga.

Ronaldinho mengatakan kekesalannya dan berkata dia tidak pernah membayangkan mengalami situasi seperti ini walaupun mengaku sepanjang hidupnya berusaha jadi profesional dan menghiburkan peminat bola sepak.

Ronaldinho bekas pemain pasukan Brazil itu mengaku terkejut ditangkap kerana menggunakan pasport dan identiti palsu pada 6 Mac lalu.

Peguamnya mengaku sangat terkejut ketika mendapati dokumen itu tidak sah.

Di penjara Agrupacion Especializada, Ronaldinho sempat meraikan hari jadinya yang ke-40 dan turut serta dalam perlawanan futsal dengan pasukan disertainya menang 11-2. Ronaldinho menjaringkan lima gol untuk pasukannya.