Sunday, June 26, 2022

Kes keracunan naik selepas Trump cadang suntik cairan pembasmi kuman

Secara Rawak

WASHINGTON: Tidak lama selepas Presiden Donald Trump menganjurkan agar disuntik cairan pembasmi kuman mengatasi Covid-19, kes keracunan dilaporkan meningkat di beberapa wilayah di AS.

Pusat Pengendalian Racun New York melaporkan menangani lebih 30 kes keracunan selepas Trump melontarkan kenyataan kontroversi itu.

Menurut The Independent, Pusat Pengendalian Racun melaporkan menerima sembilan kes keracunan akibat terpapar cairan Lysol.

Badan tersebut juga menerima 10 lagi laporan keracunan cecair pemutih dan 11 kes terpapar cairan pembersih rumah.

Setakat ini belum ada laporan kematian atau orang yang dirawat di hospital akibat keracunan bahan berkenaan.

Rakyat AS heboh gara-gara nasihat bergurau Trump itu, sehingga talian pihak kesihatan menerima pertanyaan berkaitan pengguaan cecair seperti yang disarankan presiden itu.

Beberapa badan menangani racun di Illinois dan Kentucky juga menerima ribuan panggilan serupa, dengan warga bertanya berkaitan penggunaan bahan disinfektan.

Pada Khamis lepas, Trump mengusulkan agar menyuntik individu dengan cecair disinfektan untuk melindungi orang daripada Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru