Tuesday, August 16, 2022

Jumlah kes positif Covid di Sarawak terus turun, hanya tiga kes positif

Secara Rawak

KUCHING: Jumlah kes baharu positif Covid-19 di negeri ini terus berkurangan apabila hanya mencatatkan hanya tiga kes hari ini.

Ini merupakan jumlah kes terendah sejak beberapa minggu terakhir.

Ini menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PBN) Sarawak jumlah menjadikan keseluruhan sebanyak 488 kes.

Daripada tiga kes tersebut, satu kes adalah dari daerah Kuching, Samarahan dan Bintulu masing-masingnya.

Kata kenyataan itu, 17 kes telah sembuh dan dikeluarkan dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 194 orang.

“Bilangan dalam PUI hari ini meningkat sebanyak 183 kes berbanding 177  kes semalam dan jumlah PUI yang masih menunggu keputusan makmal ialah sebanyak 332 kes,” katanya merujuk kepada individu dalam siasatan.

Sementara itu, dua lagi kes membabitkan petugas kesihatan menjadikannya sebanyak 52 orang setakat ini. 

“Petugas keishatan Kuching telah disahkan positif Covid-19 dengan seramai 21 orang daripadanya merupakan sebahagian daripadanya Kluster Persidangan Kuching. Manakala baki 31 orang ialah mereka yang meloibatkan kluster-kluster kecil,” tambah kenyataan itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru