Friday, September 30, 2022

Terus disiplinkan diri anda hingga PKP berakhir

Secara Rawak

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditarik balik atau ditamatkan jika wabak Coronavirus @ COVID-19 terus merosot setiap hari. Bulan Ramadan tahun ini, boleh dijadikan umat Muslim belajar mendisplin diri untuk terus pada taat perintah Allah dengan menahan diri dari makan dan minum di siang hari.

Kita harus mengubah cara hidup kita, tidak ada lagi perhimpunan besar-besaran dan pergerakan bebas seperti sebelumnya sehingga wabak COVID-19 dihapuskan. Kita harus menjaga kesihatan, jarak sosial, tidak lagi bebas bergerak seperti biasa untuk mengelakkan COVID-19 merebak lebih jauh, bahkan setelah PKP ditamatkan.

Masalahnya ialah adakah ini dapat dilaksanakan atau dilakukan oleh rakyat Malaysia dan kita dapati ada negeri atau wilayah yang bebas dari wabak COVID-19 setelah PKP dilaksanakan, termasuk Zon kuning.

Kerajaan perlu mengkaji semula PKP di Zon Hijau supaya PKP boleh ditamatkan dengan syarat bahawa semua pergerakan penduduk di kawasan itu juga terhad. Penduduk di kawasan Zon Hijau dilarang pergi ke kawasan zon kuning dan merah dan sebaliknya.

Walaupun mereka bebas bergerak di zona hijau ini tidak bermakna mereka boleh menjalani gaya hidup seperti sebelumnya. Mereka perlu memisahkan diri dengan menjaga kesihatan, jarak sosial, dan tidak mengadakan perhimpunan besar-besaran seperti sebelumnya sehingga semua wabak COVID-19 dapat dihilangkan sepenuhnya di seluruh negara.

PKP masih diperlukan di zon merah dan zon kuning sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

Adalah menjadi harapan semua rakyat Malaysia hari ini agar COVID-19 dihapuskan sepenuhnya, dan untuk memenuhi aspirasi rakyat Malaysia, sangat penting untuk mematuhi PKP dan menjalani kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya setelah lebih dari sebulan hidup dengan wabak COVID-19.

PAS Sarawak mengucapkan salam selamat menjalani ibadah puasa terutama kepada umat Islam, dan kami berdoa agar wabak COVID-19 akan dihapuskan sepenuhnya pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2020

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru