Tuesday, June 28, 2022

Penyampai berita RTM, Farith Ismeth Emir meninggal dunia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Berita tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Terdahulu tular mesej daripada Rozimah Mahyiddin menyatakan pemergian tokoh penyampai berita veteran yang berusia 66 tahun itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru