Friday, August 19, 2022

Bakal hilang tempat kediaman: Kerajaan perlu campur tangani isu sewa

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyeru agar para pemilik rumah dapat menggunakan budi bicara dan menzahirkan sifat keihsanan kepada para penyewa dengan mengurangkan ataupun menangguhkan sewaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kepayahan semua dalam menghadapi Covid-19 ketika ini.

Ketua pergerakan tersebut Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara ini juga memerlukan campur tangan segera kerajaan dengan memperkenalkan peraturan atau undang-undang yang dapat memelihara hak kedua-dua pihak penyewa dan pemilik premis sebagaimana yang dilakukan oleh banyak negara ketika ini.

“Pemuda UMNO banyak menerima aduan orang ramai dalam kalangan penyewa mengenai tekanan yang dikenakan oleh tuan/pemilik rumah untuk melunaskan sewa bulanan walaupun Kerajaan telah mengarahkan pelaksanaan moratorium pembayaran balik pembiayaan pinjaman perumahan oleh bank,” ujarnya..

“Situasi ini sudah tentu amat dikesalkan lantaran terhakisnya sifat keihsanan dan timbang rasa sedangkan semua maklum ramai yang hilang punca pendapatan sepanjang PKP ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan di Facebook beliau.

Kata Asyraf lagi, Pemuda UMNO bimbang sekiranya situasi ini gagal dibendung,  banyak keluarga akan kehilangan kediaman tempat berteduh lantaran sikap rakus sebilangan pemilik rumah yang hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata. 

Justeru, jelas beliau,  campur tangan kerajaan diperlukan segera agar permasalahan ini dapat diselesaikan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru