Sunday, September 19, 2021

RM1 juta jaga kebajikan gelandangan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta bagi menjaga kebajikan golongan gelandangan di sekitar ibu kota.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sebahagian daripada dana itu akan disalurkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan perubatan, perkhidmatan kaunseling selain menyediakan kemudahan kepada golongan gelandangan. 

Pihaknya juga akan menggerakkan satu jawatankuasa khas gelandangan yang dianggotai agensi-agensi kerajaan seperti Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Tenaga Kerja, Agensi Antidadah Kebangsaan serta beberapa NGO dalam usaha itu. 

“Dana ini juga akan digunakan untuk melengkap kemudahan-kemudahan gelandangan seperti di asrama yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat yang akan menggaji mereka untuk bekerja. 

Kami mahu memastikan supaya Kuala Lumpur dapat dibersihkan dan mengelakkan gelandangan terus berkeliaran untuk jangka masa panjang meskipun sudah habis tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam ucapan beliau secara langsung di Facebook semalam seperti dipetik Bernama. 

Pihak luar juga dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang sumbangan kepada dana khas itu bagi membolehkan perancangan jangka panjang untuk golongan gelandangan dapat digerakkan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru