Sunday, September 19, 2021

Persatuan Penanam Sayur Sibu sumbang lebih 100kg sayur setiap hari

Mesti baca

SIBU: Persatuan Penanam Sayur Sibu telah menderma sebanyak 100 sehingga 200 kilogram sayur sehari bagi meringan beban orang ramai yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka menghantar sendiri hasil tanaman mereka untuk didermakan kepada orang ramai di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Sibu.

Setakat semalam masih ramai yang memerlukan bantuan ini dan hari ini sahaja seramai 80 orang datang mengambil sayur seperti peria, kacang panjang, petola dan timun yang diberikan secara percuma setiap hari.

Kakitangan Pejabat Daerah Sibu telah ditugaskan untuk kerja-kerja pengagihan sayur.

Secara Rawak

Artikel Terbaru