Sunday, September 19, 2021

Ingkar PKP: Tindakan tangkap dan dakwa wajar – KSN

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan tindakan menahan dan menuduh di mahkamah kepada individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah wajar.

Memetik Bernama, beliau berkata tindakan lebih tegas itu dibuat susulan pelaksanaan kompaun sebanyak RM1,000 dilihat kurang berkesan malah ada yang memperlekehkan perkara itu.

Beliau memaklumkan bahawa bilangan lokap sedia ada adalah mencukupi bagi menampung jumlah individu yang ingkap PKP.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata polis tidak lagi akan mengeluarkan kompaun bagi kesalahan mengingkari PKP, sebaliknya terus menahan dan mengheret mereka ke mahkamah.

Secara Rawak

Artikel Terbaru