Sunday, September 19, 2021

Empat pasukan bertindak tangani Covid-19 di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membentuk empat pasukan bertindak bagi menangani penularan COVIS-19 di negeri ini.

 Menurut pengerusinyai Datuk Amar Douglas Uggah Embas,  pembentukan empat pasukan bertindak itu dibuat setelah JPBNS mendengar pandangan  para pakar kesihatan.

Pasukan bertindak itu bertanggungjawab bagi mempercepatkan perataan lengkungan (Gelombang Semasa), pencegahan dan pengawalan gelombang kedua, pelan kesiapsiagaan menghadapi gelombang besar dan analisis data masa nyata Covid-19.

Tugas pasukan bertindak ini antara lain adalah mengemukakan cadangan untuk mempercepat penurunan lengkung Covid-19, memantau perkembangan isu yang dikemukakan, melindungi dan mengawal gelombang seterusnya, mengemukakan cadangan tentang kesiapsiagaan segera dan berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi gelombang Covid-19.

Uggah  yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata,  selain itu, pasukan itu juga akan menyediakan rancangan untuk berhadapan dengan gelombang besar pandemik Covid-19.

Sarawak perlu belajar daripada masalah yang dihadapi semasa gelombang Covid-19 berskala kecil dan cuba memkperbaikinya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru