Sunday, September 19, 2021

AirAsia belum beri kata putus untuk penerbangan ke Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneruskan perbincangan dengan AirAsia mengenai penerbangan keluar dan masuk ke negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perbincangan telah dibuat susulan daripada pembatalan semua penerbangan ke Sarawak ekoran sekatan perjalanan akibat wabak Covid19.

Walaubagaimanapun ujarnya, setakat ini sebarang keputusan masih belum dicapai diantara kedua-dua pihak.

“AirAsia belum buat keputusan dan kita memang sentiasa berunding sejak kelmarin. Mungkin mereka (AirAsia) masih memikirkan mengenai kapasiti kerana buat masa ini terdapat sekatan bagi dua hala,” katanya dalam satu sidang media harian COVID-19 di sini, Selasa.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berterima kasih kepada Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) kerana telah bersetuju untuk membuka semula jadual penerbangan ke Sarawak.

“Jadi kami berterima kasih kepada pihak MAS kerana telah melihat semula perkara ini. Buat masa ini, kami masih berunding mengenai penerbangan dari Kuala Lumpur-Sibu, Kuala Lumpur-Bintulu,” ujarnya.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching dan Miri dijadualkan satu hari seminggu iaitu Khamis dan Jumaat berkuatkuasa 16 April 2020.

Secara Rawak

Artikel Terbaru