Sunday, September 19, 2021

Agihan bantuan Sarawakku Sayang di DUN Bukit Assek santuni 196 lagi KIR

Mesti baca

SIBU: Agihan barangan bantuan makanan Sarawakku Sayang masih diteruskan pada hari Ke-10 bagi kawasan DUN Bukit Assek.

Pusat agihan bertempat di Dewan SJK(C) Sacred Heart Chinese, Sibu masih beroperasi dan masih ramai penduduk berdekatan datang sendiri mengambil bantuan yang telah diberikan.

Sebanyak 196 KIR menerima bantuan pada hari ini di mana sebahagian besar mereka datang sendiri ke pusat agihan.

Manakala bagi penerima yang memerlukan khidmat penghantaran, barang bantuan akan dihantar ke alamat yang telah diberikan.

Setakat ini, seramai 2656 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima manfaat daripada bantuan ini di DUN Bukit Assek di mana majoriti adalah pengundi Bukit Assek dan penyewa di sekitar DUN Bukit Assek.

Agihan makanan akan diteruskan pada keesokan hari.

Secara Rawak

Artikel Terbaru