Sunday, September 19, 2021

7,378 penduduk Dun Tupong terima sumbangan makanan

Mesti baca

KUCHING: Seramai 7,378 penduduk dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong sudah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang setakat 14 April ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.

Bantuan makanan yang diselaraskan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya itu telah dilakukan sejak 26 Mac lepas.

Bagi kawasan DUN Tupong, penyaluran dan pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang telah diadakan secara berperingkat iaitu seperti berikut:

1) 5,516 penerima bantuan makanan dari 26 Mac hingga 7 April 2020

2) 235 penerima bantuan makanan pada 8 April 2020

3) 685 penerima bantuan makanan pada 9 April 2020

4) 223 penerima bantuan makanan pada 11 April 2020

5) 523 penerima bantuan makanan pada 13 April 2020

6) 196 penerima bantuan makanan pada 14 April 2020

Aktiviti penyaluran dan pengagihan bantuan makanan berkenaan telah dilaksanakan dengan teliti di mana sumbangan lebih menyasarkan kepada golongan yang amat memerlukan.

Kebanyakan penerima bantuan makanan tersebut adalah dalam senarai yang telah dikenalpasti oleh pihak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Residen Kuching, Pejabat Daerah Kuching selain pihak PBB/SUPP peringkat ranting dan ketua masyarakat dan ketua kaum.

Proses penyaluran dan pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di konstituensi berkenaan masih lagi dijalankan kerana masih terdapat penduduk terjejas belum menerima bantuan makanan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru