Sunday, September 19, 2021

3,320 penduduk Parlimen Santubong terima bantuan makanan

Mesti baca

SANTUBONG: Prihatin dengan kekangan yang dihadapi golongan kurang berkemampuan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung penularan wabak Covid-19, Ahli Parlimen Santubong yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyumbang bantuan makanan asas kepada seramai 3,320 penerima.

Bantuan makanan asas tersebut telah diagihkan kepada para penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Pantai Damai dan Demak Laut.

Sumbangan bantuan makanan berkenaan disampaikan kepada penduduk kawasan Parlimen Santubong melalui Ketua Wanita PBB Cawangan DUN Tanjung Datu, Fatimah Abdullah, Ketua Wanita Cawangan PBB DUN Pantai Damai, Jamaiyah Sulaiman dan Ketua Wanita PBB Cawangan DUN Demak Laut, Fatimah@Rokiah Temben.

Secara Rawak

Artikel Terbaru