Sunday, September 19, 2021

222 orang dikompaun di Sarawak, PKP masuki fasa ketiga  

Mesti baca

KUCHING: Memasuki hari pertama fasa ketiga PKP hari ini, polis mengeluarkan kompaun terhadap 222 orang mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak bagi tempoh 8 pagi Selasa hingga 8 pagi hari in.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar 26 orang ditangkap bagi tempoh sama atas kesalahan PKP yang dilaksanakan bagi membendung jangkitan Covid-19.

Kata beliau dalam satu kenyataan jumlah tertinggi ialah  daerah Sibu iaitu sebanyak 32 orang dikompaun, diikuti Kuching (31);  dan Kota Samarahan dan Bintulu, masing-masing 28 kompaun.

Manakala di Serian (25); Saratok (17); Bau (16); Miri, Padawan dan Lundu masing-masing (8); Betong, Sarikei dan Lawas, masing-masing (5), Lubok Antu (2).

Di  Limbang, Marudi, Simunjan dan Matu-Daro masing-masing satu kompaun.

Jumlah kompaun dikeluarkan sejak 18 Mac ialah 733 orang, manakala jumlah tangkapan sejak tarikh sama, 633 orang.

Fasa pertama PKP adalah dari 18 Mac hingga 31 Mac. 

Fasa kedua dari 1 April hingga 14 April manakala fasa ketiga dari 15 April hingga 28 April, menjadikan keseluruhannya enam minggu. 

Secara Rawak

Artikel Terbaru