Sunday, September 19, 2021

Rakyat sambut baik kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kerajaan yang tidak meneruskan hasrat membenarkan kedai gunting rambut dan cermin mata untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah tersebut merupakan keputusan yang baik bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Moga kerajaan terus mendengar nasihat pakar dan keluhan suara hati rakyat. Tiada salahnya untuk buat U-Turn dalam polisi sekiranya jelas maslahah lebih besar perlu diambil kira,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  semalam memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

PKP fasa ketiga akan dikuatkuasakan dari 15 April hingga 28 April ini selepas dilanjutkan dua kali. Fasa pertama berlangsung dariv 18 Mac hignga 28 Mac manakala fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.

Perdana Menteri turut memutuskan semua bentuk bazar Ramadan  tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Rakyat rata-rata bersetuju dengan langkah kerajaan tidak membenarkan kedai rambut beroperasi dalam tempoh PKP dilaksanakan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru