Sunday, September 19, 2021

Penerbangan perlu diteruskan untuk bawa keperluan penting ke Sarawak

Mesti baca

KUCHING:  Penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya pada tempoh Perintah Pawalan Pergerakan adalah diteruskan perlu bagi memenuhi keperluan perjalanan penting.

Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan tiga syarikat penerbangan — Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air — membatalkan penerbangan   terbabit dari 15 April hingga 30 April ini.

“Kita telah diberitahu oleh syarikat penerbangan MAS, AirAsia, Malindo bahawa mereka telah membatalkan penerbangan ke Sarawak bermula dari 15 April hingga 30 April 2020,” kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

PKP fasa ketiga akan dikuatkuasakan dari 15 April hingga 28 April ini.

“Walau bagaimanapuun,PPBN Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan di atas,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, menurut beliau, JPBN Sarawak telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan Sarawak untuk berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai isu tersebut.

Abdul Karim yang juga Timbalan JPBN Sarawak berkata, pembatalan penerbangan berkenaan selama dua minggu akan menjejaskan bukan sahaja rakyat Sarawak sendiri untuk balik , tetapi juga keperluan lain yang perlu dibawa masuk ke Sarawak.

Ini menurut beliau, selain daripada penumpang yang menggunakan penerbangan berkenaan, banyak keperluan lain yang perlu dibawa masuk seperti penutup hidung dan mulut serta makanan.

“Pembatalan penerbangan akan menyebabkan kekurangan bekalan yang mendadak sehingga boleh menyebabkan harga barang meningkat,” jelas beliau.

Untuk rekod, kebanyakan penerbangan domestik telah digantung sejak penularan Covid-19 dan penguatlkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru