Sunday, September 19, 2021

Medibot, robot Malaysia dalam persediaan rawat pesakit Covid-19

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Medibot nama robot yang dicipta sarjana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bertujuan membantu petugas hospital selain mengurang risiko jangkitan Covid-19.

Medibot, setinggi 1.5 meter dilengkapi kamera dan skrin berfungsi sebagai alat komunikasi jarak jauh antara pesakit dan petugas medis, selain dilengkapi alat memeriksa suhu pesakit secara jarak jauh.

Dr Zulkifli Zainal Abidin salah seorang pembangun Medibot berharga sekitar RM15,000 itu seperti dipetik AFP pada Isnin berkata, robot ini dicipta untuk membantu perawat dan doktor yang bekerja di hospital.

Ketika ini, pihak universiti merancang menggunakan Medibot di hospital kampus sebelum dapat digunakan di hospital kerajaan membantu merawat pesakit Covid-19.

Secara Rawak

Artikel Terbaru