Saturday, January 22, 2022

Makan Burger Karona pada musim Covid-19!

Secara Rawak

HANOI: Cef Vietnam menghasilkan burger berbentuk virus korona bertujuan menceriakan pelanggannya yang kini bingung berdepan pandemik Covid-19.

Menurut Cef Hoang Tung, pengasas restoran Pizza Home di Hanoi, ekonomi sekarang menurun dengan teruk sekali sehingga dia terpaksa menutup empat restorannya.

Berikutan itu dia mengambil keputusan menghasilkan sesuatu yang dapat menjana pendapatan selain memberi keceriaan kepada orang ramai.

Idea menghasilkan burger ini tercetus ketika dia sedang menonton filem Monsters, Inc. bersama anaknya.

Ketika menonton filem itu dia mendapati salah satu karaktor dalam filem tersebut Mike Wazowski, mempunyai bentuk seperti virus Covid-19.

Ketika itulah lahir idea menghasilkan burger korona di fikirannya. Dia kemudian berbincang dengan tukang masaknya yang lain dan mereka berjaya menghasilkan burger tersebut.

“Selepas berjaya menjual Burger Korona pertama kami, saya memuat naik foto burger tersebut di Facebook saya dan selang beberapa minit kami menerima 50 tempahan,” katanya.

Sejak itu jualan Burger Korona semakin meningkat dan Tung turut memperkenalkan cogan kata dicadangkan kliennya “Jika anda takut dengan virus korona, makanlah Burger Korona.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru