Sunday, September 19, 2021

Ingkar PKP: 137 individu dikenakan kompaun RM1,000 hari ini

Mesti baca

KUCHING: Seramai 137 individu dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.m Sree berkata, kesemua suspek yang dikenakan denda dicekup melanggar PKP termasuk seramai 21 orang ditangkap atas kesalahan sama.

Menurutnya, jumlah operasi tangkapan itu merupakan hasil kawalan pihak penguatkuasa dalam tempoh 24 jam dari 8 pagi semalam sehingga 8 pagi hari ini.

“Kuching masih lagi di carta tertinggi individu dikenakan kompaun seramai 30 orang, diikuti Sibu (29), Sarikei (13), Padawan (11), Lawas(7), Meradong(6), Limbang(5), Julau(5), Kota Samarahan(4), Bintulu(4), Betong(4), Simunjan(4), Miri(3), Song(3), Serian(2), Mukah(2), Tatau(2), Lubok Antu(2), dan Saratok(1).

“Manakala tangkapan merekodkan daerah Kuching seramai enam orang, Sibu(6), Miri(3), Padawan(3), Kota Samarahan(1), Simunjan(1), dan Matu Daro(1),” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, ujarnya, jumlah tangkapan secara keseluruhan bermula 18 Mac 2020 mencatatkan 607 orang dan individu dikenakan denda seramai 511 orang di seluruh negeri Sarawak.

Secara Rawak

Artikel Terbaru