Sunday, September 19, 2021

Ingat, hanya seorang daripada satu keluarga boleh ke pasar basah

Mesti baca

KUCHING:  Anda yang hendak ke pasar basah, tolong baca berita ini sampai habis.

Hanya seorang daripada satu keluarga dibenarkan pergi ke pasar basah untuk membeli barang keperluan.

Peringatan ini diberi di sebalik jumlah yang dikompaun bagi tempoh 24 jam dari 8 pagi 13 April hingga 8 pagi hari ini di negeri ini ialah sebanyak 137 orang. 

Ingat, polis akan  sentiasa memantau keadaan bagi memastikan hanya seorang daripada satu keluarga yang menjalankan tanggungjawab tersebut.

Ini bagi mengelakkan kesesakan di pasar basah sekali gus mengelakkan penyebaran Covid-19.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar  dalam satu kenyataan, orang ramai masih boleh pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan tetapi mesti seorang dalam kereta atau motosikal.

“Jika lebih daripada seorang tanpa alasan munasabah, notis kompaun RM1,000 akan dikeluarkan,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru