Sunday, September 19, 2021

Doremon bantu 150 keluarga di Sibu

Mesti baca

SIBU: Sebanyak 150 keluarga dari Kampung Baharu dan kawasan sekitarnya menerima bantuan makanan asas yang disumbangkan oleh Pasar Raya Doremon di sini, semalam.

Pengerusi JKKK Kampung Baharu Abdul Hajis Abdullah berkata, bungkusan makanan itu ditaja oleh pasar raya berkenaan. Menurutnya, bantuan telah diserahkan kepada beliau oleh Hii Kah Hock yang mewakili pihak pengurusan pasar raya tersebut.

“Pengedaran makanan percuma ini merupakan inisiatif JKKK dengan harapan dapat meringankan beban penduduk kampung yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 terutamanya dalam mendapatkan bekalan makanan.

“Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pasar Raya Doremon atas kemurahan hati mereka dengan menyumbangkan makanan secara percuma kepada penduduk kampung kami,” katanya lagi.

Hadir sama ialah Setiausaha JKKK Kampung Baharu Salina Bodi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru