Sunday, September 19, 2021

97 rakyat Sarawak patuh kepada PKP

Mesti baca

KUCHING:  Setakat semalam kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak adalah 97 peratus.

PKP telah dimulakan sejak 18 Mac lalu dan disambung dua kali sehingga 28 April ini sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan bencana Negeri Sarawak Datuk Abdul Rahman Karim Hamzah berkata, pada masa yang sama polis telah menangkap 13 orang kerana ingkar PKP dan sebanyak 110 telah dikompaun.

Jelas beliau dalam sidang media semalam, sehingga semalam, sebanyak 374 orang telah dikompaun dan 586 telah ditangkap di negeri ini.

Kuching mencatatkan jumlah yang dikompaun paling banyak, iaitu 22 orang.

Ini diikuti Sibu (20), Sarikei (11), Kota Samarahan (9), Betong (9), Miri (7), Bau (6), Padawan (5), Kapit (4), dan Simunjan (3).

Bintulu, Serian, Matu Daro, Song, marudi, Kanowit dan Lawas masing-masingnya dua.

Sementara itu, sebanyak tujuh lagi kes baharu positif Covid-19 direkodkan di negeri ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan  sebanyak 348 sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu.

Menurut  Abdul Karim, tujuh kes tersebut dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Kes dalam siasatan (PUI) pula adalah sebanyak 155, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,680 kes.

“Daripada jumlah itu, 2,155 kes adalah negatif dan 177 kes PUI masih menunggu keputusan makmal,” kata beliau.

Pada hari ini, katanya, terdapat penambahan sebanyak 310 rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara, Semenanjung Malaysia, Sabah atau Labuan menjadikan jumlah keseluruhan 1,063 orang yang ditempatkan di pusat kuarantin sebagai individu dalam pemerhatian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru