Sunday, September 19, 2021

Tujuh lagi kes baharu positif Covid-19 Sarawak 

Mesti baca

KUCHING:  Sebanyak tujuh lagi kes baharu positif Covid-19 direkodkan di negeri ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan  sebanyak 348 sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), tujuh kes tersebut dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Sementara itu, kes dalam siasatan (PUI) adalah sebanyak 155, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,680 kes.

“Daripada jumlah itu, 2,155 kes adalah negatif dan 177 kes PUI masih menunggu keputusan makmal,” kata JPBN dalam satu kenyataan.

Pada hari ini, katanya, terdapat penambahan sebanyak 310 rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara, Semenanjung Malaysia, Sabah atau Labuan menjadikan jumlah keseluruhan 1,063 orang yang ditempatkan di pusat kuarantin sebagai individu dalam pemerhatian.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru