Sunday, September 19, 2021

Sarawak tidak benarkan kedai gunting rambut dibuka

Mesti baca

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini membuat keputusan tidak membenarkan pembukaan kedai gunting rambut di negeri ini.

Keputusan ini selari dengan keputusan kerajaan persekutuan hari ini yang menarik balik kebenaran kedai gunting rambut beroperasi.

Setelah keputusan berkenaan diberi semalam, banyak pihak tidak bersetuju kedai gunting rambut dibuka.

Ini bagi mereka memungkinkan pelanggan dan tukang gunting rambut terdedah kepada Covid-19 yang seterusnya menimbulkan kluster baharu.

JPBN dalam satu kenyataan menyatakan, bagi sektor lain yang dibenarkan untuk beroperasi ketika dalam tempoh PKP fasa, adalah masih dalam perbincangan berdasarkan kesesuaian di Sarawak. 

Secara Rawak

Artikel Terbaru