Monday, December 5, 2022

Ingkar PKP: 17 ditangkap, 95  dikompaun  

Secara Rawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan mediannya pada Ahad memaklumkan 17 orang telah ditangkap dan 95 orang lagi telah dikompaun akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah itu, Kuching 25 orang, Sarikei 21 orang, Kota Samarahan 14 orang, Betong 7 orang, Miri, Bau, Simunjan dan Saratok masing-masing 4 orang, Bintulu 3 orang, Padawan, Kapit dan Matu Daro masing-masing 2 orang dan Sibu, Marudi dan Lubok Antu masing-masing seorang,” katanya.

Turut dimaklumkan kes tangkapan harian mengikut daerah yang direkodkan pada 12 April 2020.

“Miri 9 orang, Kuching, Sibu dan Padawan masing-masing 2 orang dan Dalat dan Tatau masing-masing seorang,” ujarnya.

Sehingga kini, seramai 264 orang telah dikompaun, 573 orang telah ditanggkap.  

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru