Sunday, September 19, 2021

Bekalan telur cukup untuk wilayah tengah Sarawak

Mesti baca

SIBU: Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini, bahagian wilayah tengah Sarawak tetap mempunyai bekalan telur yang mencukupi.

Jaminan ini dibuat oleh Pengerusi Persatuan Peladang Ternakan Sibu Ling Chi Kiong ketika dihubungi kelmarin.

“Permintaan untuk telur di bahagian ini telahpun meningkat kira-kira 20 peratus sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

“Meskipun permintaan yang meningkat semasa tempoh PKP ini, bekalan telur tidak menghadapi sebarang masalah kekurangan. “Jangan risau kerana bekalan telur mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik ini,” ujarnya.

Telur merupakan keperluan asas yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi terutamanya ketika bantuan-bantuan makanan PKP disalurkan serta sering dibeli oleh isi rumah ketika ini.

Beliau berkata, masyarakat wilayah tengah amnya telah menggunakan kira-kira 200,000 biji telur setiap hari, berbanding dengan penggunaan hariannya kira-kira 170,000 biji telur sebelum PKP berkuat kuasa.

Ling memberitahu, Sibu mengeluarkan kira-kira 700,000 biji telur sehari dengan kira-kira 60 peratus dibekalkan ke Bintulu, Miri, Mukah, Kapit dan bandarbandar kecil lain di wilayah tengah ini untuk empat kali seminggu.

“Kami perlu mengatur semula masa bagi pemandu lori kami untuk pergi membekalkan telur ke bandar-bandar ini, tetapi kadangkadang, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai destinasi kerana beberapa faktor logistik seperti sekatan jalan raya dan sebagainya,” jelasnya.

Menurutnya, masalah kekurangan telur untuk memenuhi permintaan tidak pernah berlaku semasa tempoh PKP ini. “Malah, kami mendapat lebihan telur, berbanding masa sebelum PKP,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, ini kerana peningkatan permintaan terhadap telur sebagai barangan penting dan juga kerana harganya yang murah. “Lebih-lebih lagi, telur juga mudah dikendalikan dan diambil, berbanding makanan penting lain seperti ayam dan ikan.

Permintaannya dilaporkan menurun semasa tempoh PKP ini,” jelas Chi Kiong.

Katanya, telur dijual pada harga yang dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan dijual pada kira-kira RM10 setiap satu set bergantung kepada grednya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru